Prolog
Sekarang dah hampir 15 tahun selepas peristiwa Hawa lari ke Kuantan bersama Ad, maksudnya peristiwa Hawa melipat Ad juga dah memakan masa 15 tahun. Hawa pon tak tahu entah Ad jadi apa dah dekat Kuantan tu, jadi pondan di Lorong Kunyit mungkin. Tapi dengar cerita Ad, dah mati kena bunuh dek orang. Orang bernama Ali Dula Ziqa. Ah! persetankan pasal Hawa, Ad, dan Ali Dula Ziqa. Sekarang kita cerita pasal Fuad, anak kepada Hawa yang lari ke Kuantan bersama sama dengan Hawa dan Ad. Hawa berikan anak dia nama Fuad semperna memperingati nama Ad yang banyak berjasa kepada mereka anak beranak, jadi Fuad si anak Hawa ni juga dipanggil Ad.
Harini hari Sabtu, bagi budak budak sekolah asrama macam Ad, inilah peluang untuk keluar berjimba di bandar Kuantan. Macam kebiasaan budak budak sekolah yang lain, Ad memilih untuk menaiki bas ke bandar Kuantan, bagi Ad anak anak orang kaya je yang mampu nak naik teksi sebab itulah dia lagi selesa naik bas. Lagipon bila naik bas boleh juga Ad cuci mata tengok makwe makwe sambil layang angin terbangkan rambut.
Masa duduk dalam bas tu Ad ternampak satu pasangan pakwe makwe duduk sebelah sebelah dalam bas tu, tak tahulah betul betul pakwe makwe ke tidak, Ad main agak je sebab satu laki dan satu perempuan, perempuan tu pulak sedak je landing kepala atas bahu laki tu, laki tu tersengih sengih. sesampai sahaja mereka di perhentian bas bandar Kuantan, semua penumpang bas turun dari bas dengan cermat sekali. Ad keluar paling akhir pasal dia nak tengok gelagat pakwe makwe yang dalam bas tadi. Ad jadi pelik sebab pasangan laki dan perempuan tadi tak jalan bersama lepas turun dari bas. si laki nampaknya tengah melambai lambai ke makwe yang sorang lagi yang sama bas dengan si laki dan Ad. makwe yang sorang lagi kelihatan tak melayan lambaian tangan si laki dan terus masuk dalam kereta viva kakak si makwe yang sorang lagi (Ad main agak je itu adalah kakak makwe tersebut, tak tahu pula jika mereka pasangan lesbian). Si laki yang sibuk melambai tangan jadi malu bila makwe yang sorang lagi tu tak layan dia, tambah pula tingkah laku dia tu dipandang orang. Si perempuan yang landing kepala atas bahu si laki tadi tudah lesap tak tahu kemana.
Tak lama lepas tu, kelihatan si laki geleng geleng kepala, tepuk tepuk kepala sambil buat muka cemas. "ah, duit tambang! perempuan tu tak bayar lagi!" si laki cakap slow kepada diri sendiri. Ad dengar si laki tu cakap. selamba dia pergi ke sebelah si laki dan lalu cakap, "lu dah kena lipat ni bro."
Ad berlalu pergi, dia sengih sengih sambil geleng kepala, peristiwa ni sama betul dengan peristiwa Ad (adik Am) dengan Hawa masa baru sampai Kuantan dulu. Ad (anak Hawa) tahu serupa pasal Ad (adik Am) ada tulis entri blog pasal peristiwa dia dilipat Hawa masa baru sampai Kuantan dulu.
"dejavu sungguh!" Ad bermonolog dalaman
kalau nak baca entry blog Ad (adik Am) dilipat Hawa masa baru sampai Kuantan sila klik
sini